Pages

Friday 18 November 2011

Perak 2011 : Berkembangnya Layar Harapan

Kemenangan 2-1 Negeri Sembilan  ke atas Terengganu dalam aksi akhir Piala Malaysia menandakan berakhirnya musim bola sepak profesional Malaysia kali ini. Pasukan Perak pula telah menutup saingan dengan tumpas kepada musuh tradisi Selangor pada peringkat suku akhir.

FAM mungkin denda Perak
Persembahan dan keputusan baik kembali memeriahkan Stadium Perak

Bagi aku, pencapaian Perak musim ini memberikan sinar cahaya di hujung terowong (bukannya Terowong Menora) setelah melalui zaman tergelapnya musim lepas. Awal musim menyaksikan bagaimana skuad Seladang menunjukkan aksi garang dengan tidak tewas dalam 9 perlawanan pertama sebelum tumpas pada Sabah. Selepas itu prestasi Perak tidak menentu dengan menang,seri dan kalah silih berganti sehinggalah hujung saingan liga. Maka menghunilah Perak di tangga ke 6 liga dengan 10 kemenangan, 10 kali seri dan 6 kekalahan.

Monday 8 August 2011

Bazaar Ramadhan : Fenomena

Bulan puasa sudah menjelma setelah setahun menyepi diri. Banyak juga perkara yang hanya muncul setelah Ramadhan tiba. Salah satunya ialah bazaar Ramadhan.

Bazaar Ramadhan Jalan TAR

Sebulan sebelum Ramadhan, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mula membuka lesen berniaga bazaar Ramadhan. Maka berebut-rebutlah orang ramai untuk mendapatkan lesen ini terutama di beberapa tempat 'panas'. Selain daripada peniaga-peniaga yang biasa, turut muncul peniaga yang hanya berniaga pada bulan mulia ini. Ramai juga yang mencuba nasib untuk menjadi peniaga 'bidan terjun'.

Sunday 26 June 2011

TUDM Malaysia : AEW @ MRCA?

Baru - baru ini terbaca dalam sebuah berita online bahawa TUDM ingin memperoleh pesawat Airborne Early Warning and Control (AEW). Memang teruja juga mendengar perkhabaran ini. Maklumlah lama juga tidak mendengar pemerolehan baru oleh TUDM. Sebelum ini berkumandang juga rancangan untuk pemilikan Multi Role Combat Aircraft (MRCA) baru bagi menggantikan MiG 29 yang perlahan -lahan dilucutkan tauliah.
                                                        

Persoalannya, yang mana satukah yang menjadi keutamaan TUDM  buat masa ini? AEW atau MRCA? Atau kedua -duanya menjadi keutamaan?

 

Thursday 9 June 2011

Malas dan Letih...

Lebih sebulan aku tidak mencoretkan apa -apa dalam Wira Arjuna. Bukannya tiada topik kerana banyak topik telah bermain dalam fikiranku. Ada post yang telah dirangka  memerlukan kajian dan huraian mendalam sebelum diterbitkan. Kalau kalian perasan, beberapa post aku sebelum ini tidak begitu masak pada mulanya sebelum ranum dikupas beberapa ketika kemudian.

Mengapalah aku malas betul dalam bulan Mei yang lalu? Letih. Mengapa aku letih? Kerja banyak. Mengapa kerja banyak? Untung banyak. Mengapa untung banyak? Kalau untung banyak, berapa agihan habuan yang aku dapat? 0.1%? Mungkin. Berbaloikah? Terpulanglah pada niat kerja. Ikhlas? Kalau ikhlas kerja tanpa gajilah. Tanpa mengharapkan balasan. Ada lagikah ke'ikhlasan' itu?

Makin bercelarulah aku memikirkan pelbagai SOP, protokol, etika, teori, panduan, peraturan, logika, nasihat, kata -kata hikmat, pepatah pujangga  serta pelbagai lagi istilah yang menyesakkan. Buat aku lagi semakin mendapat 'License To Kill' adalah SOP, protokol, etika, teori ini boleh berubah mengikut selera pembuatnya. Kalau sudah bilis, terpaksalah telan plankton sedangkan jerung tersadai kekenyangan meratah tuna. Lumrah dunia.

Apapun, dunia tetap indah walau bagaimana pahit pun hidup. Itulah motivasi utama aku. Masih terdapat cahaya di hujung terowong. Cukuplah coretan kali ini. Nantikanlah post aku yang berikutnya.

Wassalam.

Friday 29 April 2011

HAARP : Teknologi Pemusnah Dunia?

Kalian pernah mendengar tentang HAARP? Aku mula membuat kajian atas talian tentang perkara ini semenjak peristiwa gempa bumi Haiti tahun lepas. Teori konspirasi mengatakan gempa bumi bermagnitud  7 Mw ini disebabkan oleh senjata HAARP Alaska.

HAARP telah dijanakan dengan kuasa penuh pada 10 Januari 2010 sehingga dimatikan pada 12 Januari 2010. 5-6 jam kemudian berlakulah gempa bumi tersebut.

[gkn20100110_Bx.gif]
[gkn20100111_Bx.gif]
[gkn20100112_Bx.gif]

Thursday 21 April 2011

Hovercraft Malaysia : Keperluan TLDM?


LCAC US Navy
Memetik Utusan Malaysia 22 April 2011, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengatakan bahawa Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sedia mempertimbangkan untuk pemerolehan hoverkraf. Namun tambahnya lagi, pembelian hoverkraf tiada dalam perancangan terdekat TLDM walaupun sedar tentang kemampuan platform ini berbanding kapal konvensional.

Sebelum menjenguk jauh ke dalam profil, kita lihat dulu apa itu hoverkraf? Hoverkraf adalah sejenis kenderaan yang bergerak di atas permukaan (bukan pada permukaan) dengan disokong kusyen sambil udara bertekanan tinggi dipam menentang permukaan bawah dan yang terkandung dalam skirt.


1. Propellers  2. Udara  3. Kipas  4. Skirt

Friday 15 April 2011

DSLR : Pengenalan



Dewasa ini kita sering melihat seseorang yang menggantung suatu kamera besar pada leher. Bahagian depan kamera ini pula boleh dipusing-pusingkan. Orang yang memiliki kamera ini pula adalah seseorang kita kenali yang memang bukan seorang jurugambar profesional. Mereka adalah keluarga mahupun sahabat handai kita. Situasi ini semakin mudah diperhatikan di majlis-majlis keramaian mahupun percutian yang mana 10 tahun lalu adalah suatu yang janggal.

Apa itu DSLR? Digital single lens reflex (DSLR) adalah kamera digital yang menggunakan sistem cermin mekanikal dan pentaprism untuk mengarahkan cahaya daripada kanta ke optical viewfinder yang berada di belakang kamera.

Aturacara prosesnya :

1. Cahaya (imej) akan melalui kanta utama (1)
1. Cermin pantulan (2) akan memantulkan cahaya 90 darjah ke atas melalui 3 permukaan pentaprism (7).
2. Sebelum tiba di pentaprism, cahaya akan menembusi matte focusing screen (5) dan kanta penumpuan (6).
3. Cahaya dari pentaprism akan tiba optical viewfinder (8) untuk memberi gambaran sebenar cahaya.
4. Apabila shutter ditekan, cermin pantulan akan naik ke atas untuk membenarkan imej ditangkap oleh sensor (4) setelah focal-plane shutter (3) dibuka.
5. Cermin pantulan akan kembali kepada keadaan asal untuk pendedahan seterusnya.

Mekanisma inilah adalah perkara utama yang membezakan antara DSLR dan kamera digital kompak (juga dikenali sebagai point and shoot camera).


Friday 4 March 2011

Perak 2011 : Bermula Suatu Kebangkitan?



Setelah melalui 2 musim yang penuh pancaroba dan ranjau berduri, skuad bolasepak Perak setakat ini telah menunjukkan tanda- tanda kebangkitan. Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) selaku pentadbir skuad Seladang telah membuat beberapa langkah pra- musim untuk memantapkan pasukan.

Bermula dengan penyingkiran Raja Azlan Shah sebagai ketua jurulatih yang kemudian digantikan dengan Norizan Bakar. Kemudian kemasukan semula beberapa pemain yang telah berhijrah ke pasukan lain sebelum ini seperti Shahrul Nizam Mustapha, Mohd Khairi Zainnudin, Mohd Nasril Nourdin serta Chan Wing Hong. Antara pemain baru yang menyertai skuad musim ini ialah Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Mohd Syafiq Jamal. K.Nanthakumar, Razali Umar Kandasamy serta beberapa lagi pemain musim lepas masih lagi dikekalkan. 

Thursday 10 February 2011

LCS @ SGPV : Malaysia



Keluarga corvette kelas Gowind
Littoral Combat Ship (LCS) atau Kapal Tempur Pesisir adalah kapal tempur yang beroperasi berhampiran dengan pesisir pantai. Secara perbandingan, saiz LCS adalah lebih kecil daripada frigate dan lebih kurang sama dengan corvette. Namun daripada segi tugasan, ia mampu menyediakan peperangan 3 dimensi seperti kelas-kelas kapal yang lebih besar seperti frigate, destroyer mahupun cruiser. Cuma dalam skala yang lebih kecil.

Istilah LCS ini sebenarnya diguna pakai oleh US Navy untuk menghasilkan kapal yang kecil, pantas, maneuverable dan lebih murah berbanding destroyer DD(X) mereka yang sedia ada. Maka US Navy telah memperoleh 2 jenis LCS dari 2 kontraktor yang berbeza. Lockheed Martin telah menghasilkan USS Freedom (LCS-1) dan General Dynamics pula mengeluarkan USS Independence (LCS-2).

Monday 24 January 2011

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri



 Sebatang Tongkat Untuk Berdiri

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu
Agar kembali tenaga mu
Ketika lemah hulurkan
Sebatang tongkat
Agar kau terus berdiri
Ditengah kejayaan
Kau lupa diri dihasut bayangan
Dari emosi hatimu

Tongkat kau lontarkan
Baktinya kau lupakan
Dan secawan susu
Yang pernah menyambung hayatmu
Merenung bintang di langit tinggi
Jangan tertipu
Manakah tempat kau berdiri
Selama ini

Kredit: Search, Mentari Merah Di Ufuk Timur