Pages

Sunday 15 April 2012

MRCA Malaysia : TUDM pilih Eurofighter Typhoon?

Lama sungguh tidak menelusuri sawang blogger ini. Rasa malas dan tidak bersemangat menjadi asas kepada ketidakaktifan blog ini walaupun pelbagai topik ingin kukupaskan. Maka kali aku persembahkan suatu ceritera. Tirai pun dibuka perlahan-lahan...


Isu pemerolehan MRCA baru oleh TUDM telah diperkatakan semenjak isu perlucutan khidmat MiG-29. Walaupun tiada kepastian tentang status MiG-29, TUDM telah mempertimbangkan untuk mencari pengganti pesawat tersebut. Beberapa calon telah menawarkan diri. Antaranya JAS 39 Gripen, Dassault Rafale, Su-35, Lockheed F-16C/D Block 52 Fighting Falcon, Boeing F/A-18E/F Super Hornet dan Eurofighter Typhoon.

Fakta menarik tentang calon-calon MRCA baru :

JAS 39 Gripen          - Thailand memiliki 12 light MRCA ini beserta 2 buah S340 AEW
Dassault Rafale         - India telah memesan 126 unit
Su-35                        - dimajukan daripada Su-27
F-16C/D                   - Singapura memiliki 74 unit, Thailand mempunyai 56 unit
F/A-18E/F                - versi paling maju daripada keluarga F/A-18

Sepintas lalu daripada senarai calon-calon di atas, aku tertarik terus dengan Eurofighter Typhoon. Inilah pesawat pejuang tunjang kuasa besar Eropah (sebelum F-35 Lightning II menjengah masuk nanti). Jerman, Itali, Sepanyol serta United Kingdom memiliki sejumlah besar pesawat ini. Isu teknikal dan taktikal akan kuulas kemudian.


Kehadiran David Cameron, Perdana Menteri United Kingdom ke Malaysia (setelah hampir 20 tahun tiada ketua kerajaan UK datang menjenguk) adalah untuk berbincang tentang penjualan Eurofighter Typhoon ini sebagai salah satu agenda ekonominya. Ini dapat dilihat dengan peningkatan 2 kali ganda tanggungan biasiswa Chevening yang dikendalikan oleh FOC (Foreign and Commonwealth Office) dengan sokongan kuat BAE Systems, pembangun utama MRCA ini.

Dikatakan bahawa Malaysia akan menerima Transfer of Technology (ToT) tanpa batasan daripada pemerolehan ini? BAE telah menyenaraikan teknologi yang bakal dipindahkan ke Malaysia. Eurofighter Typhoon ini dijangka dikeluarkan di Malaysia walaupun hanya 18 unit sahaja yang ditempah. BAE sendiri telah memindahkan pejabat serantaunya dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Walaupun tiada keputusan rasmi diumumkan lagi, aku menjangkakan TUDM telah memilih Eurofighter Typhoon sebagai aset terbarunya. Perjanjian akan dimeterai selepas sahaja PRU 13 berlangsung. Dalam masa 2 - 3 tahun, Malaysia akan mula menerima Eurofighter Typhoon yang pertama. Maka ia akan membelah awan dan langit bersama-sama SU-30MKM mempertahankan kedaulatan bumi tercinta ini.

No comments:

Post a Comment