Pages

Tuesday 17 February 2015

MRCA Malaysia : TUDM Pilih Super Hornet?

Persaingan untuk perolehan baru MRCA Malaysia semakin sengit. Boeing menawarkan pakej mampu milik kepada TUDM untuk memiliki F/A-18E/F Super Hornet. Mereka menjanjikan tawaran termurah untuk pemilikan pesawat ini berbanding calon-calon MRCA yang lain. Adakah Advanced Super Hornet menjadi taruhan Boeing kali ini?

US Navy F/A-18F Super Hornet
Tawaran daripada Boeing ini datang ketika Mesir bersetuju untuk memperoleh 24 buah pesawat Dassault Rafale dari France dengan perjanjian kira-kira RM20 bilion merangkumi pelbagai pakej sampingan seperti frigat FREMM dan sistem peluru berpandu pertahanan udara MBDA.

Persoalannya sekarang, berdasarkan keadaan ekononi negara di samping lemahnya matawang Ringgit, adakah tender MRCA akan dibuka pada RMK-11 yang akan dibentangkan pada Mei ini? Sukar untuk diperkatakan kerana keutamaan kini untuk TUDM adalah untuk memiliki MPA dan pesawat AEWC yang statusnya hingga kini masih tergantung walaupun RMK-10 telah menghampiri penghujungnya. Memang mengecewakan juga tentang proses pembaharuan TUDM yang berjalan sangat perlahan atas alasan kewangan.

Selamat tinggal atau kembali bertugas...?

Program MRCA baru adalah untuk menggantikan pesawat Mikoyan MiG-29 yang bakal dilucutkan tauliah sepenuhnya pada tahun 2015, Pesawat Rusia ini telah diberikan nyawa tambahan setelah dilanjutkan tempoh perkhidmatan selama 5 tahun pada 2010. Jika betul-betul tamat ada tahun ini, TUDM bergantung kepada hanya 18 buah Sukhoi Su-30MKM dan 8 buah McDonell Douglas F/A-18D Hornet untuk tugasan air superiority. Suatu bebanan tugas yang harus digalas pesawat-pesawat tersebut.

Berbanding F/A-18D Hornet, F/A-18E/F Super Hornet adalah 20% lebih besar. Super Hornet juga memiliki 41% lebih jarak misi kerana mempunyai kelebihan 33% pada tangki minyak dalaman, Terdapat tambahan 2 hardpoint atau stesen senjata pada pesawat ini menjadikanya 11. Enjin General Electric F-414 membekalkan lebihan 35% tujahan berbanding enjin F-404 yang terdapat pada pesawat Hornet.

Salah satu ciri yang dikehendaki TUDM untuk MRCA baru terdapat pada Super Hornet iaitu radar AESA. Raytheon AN/APG-79 bakal menjadi radar AESA pertama yang memenuhi inventori TUDM. Sebagai perbandingan, Sukhoi Su-30MKM menggunakan radar PESA NIIP N011M (didakwa hybrid AESA dan PESA) dan Hornet yang menggunapakai mechanically scanned Raytheon AN/APG-73. Memang terdapat laporan yang mengatakan tiada perubahan ketara secara statistik apabila ujian operasi menggunakan radar AESA ini berbanding radar sebelumnya. Apapun seperti diketahui, radar AESA mempunyai kelebihan seperti kebarangkalian pintasan yang rendah, rintangan jamming yang besar, mengurangkan penggunaan kuasa dan ketahanan yang tinggi.

Carta perbandingan radar pesawat tempur

Persoalan ini kembali bermain, adakah Boeing menawarkan Advanced Super Hornet (Block III) kepada Malaysia? Antara ciri-ciri tambahan yang terdapat pada pesawat ini adalah conformal fuel tanks (CFT), enclosed weapons pod (EWP), infrared search and track (IRST) dalaman, kokpit generasi terbaru dan enjin yang dipertingkatkan. Ciri-ciri ini menjadikannya 50% lebih peluang untuk daripada dikesan radar dan tambahan 480km untuk jarak penerbangan. Untuk pakej naiktaraf penuh ini, Advanced Super Hornet adalah sekurang-kurangnya 10% lebih mahal berbanding Super Hornet. Bagaimana pula dengan tawaran belian semula F/A-18-D TUDM yang ditawarkan lebih sedekad lalu? 




Jika kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memilih Super Hornet sebagai MRCA baru, ia memberikan nafas baru buat bahagian jet pejuang Boeing. Dijangkakan kilang Boeing yang memasang Super Hornet dan F-15 di St. Louis bakal ditutup dalam tahun 2017 kerana tiada tempahan terbaru diterima. Kebanyakan negara yang merancang untuk memiliki MRCA telah menolak Super Hornet. Sudah pastinya Lockheed Martin F-35 Lightning II, Dassault Rafale, Eurofighter Typhoon dan Saab JAS 39 Gripen adalah pilihan popular kerana pelbagai sebab yang tersendiri.

Berita pemindahan skaudron Hawk dari Butterworth ke Labuan untuk memantapkan pertahanan ESSZone secara khusus dan Borneo secara amnya disambut baik. Jangan dilupa bahawa Labuan juga berdekatan dengan kawasan panas Kepulauan Spratly yang mengandungi terumbu milik Malaysia, Pulau Layang-Layang. Hawk mungkin mampu menghapuskan pengganas-pengganas Sulu tetapi agak sukar menghadirkan kegerunan pada anasir-anasir agresif di Kepulauan Spratly. Oleh itu TUDM memerlukan segera MRCA baru atau tambahan MRCA untuk ditempatkan secara tetap di Labuan. Selagi hidup, selagi itu berjuang!

9 comments:

  1. Kalau advanced super hornet saya setuju untuk ganti pesawat mig29 dan f5 sekali gus dalam jumlah 24 unit.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, saya pun setuju beli barang Amerika syarikat, walaupun mahal sikit dari Rusia tapi ianya jauh lebih murah dari negara Europah. Produk mereka lebih "User Friendly" berbanding dengan negara lain dan lazimnya after sales support adalah bolih dikatakan cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Cerita ni dah lama dari RM42 billion 1MDB yg hilang berapa byk squadron F18 Advance hornet kita blh dpt...F18 afalah pesawat yg ideal utk maritime mcm kita.

    ReplyDelete
  4. Cerita ni dah lama dari RM42 billion 1MDB yg hilang berapa byk squadron F18 Advance hornet kita blh dpt...F18 afalah pesawat yg ideal utk maritime mcm kita.

    ReplyDelete
  5. Cerita ni dah lama dari RM42 billion 1MDB yg hilang berapa byk squadron F18 Advance hornet kita blh dpt...F18 afalah pesawat yg ideal utk maritime mcm kita.

    ReplyDelete
  6. Harga, kos selenggara, kemampuan serangan maritim - Kelebihan utama F/A-18E/F Super Hornet.

    ReplyDelete
  7. Eurofighter bagus gak pasal laju dan setaraf su-30mkm...kalau super hornet tak mantap sangat sbb tkleh terbang laju n jauh

    ReplyDelete
  8. saya sarankan TUDM beli jet Russia sebab jet Russia lebih canggih. Lagi pun Russia tidak ada unsur2 "sentimen" atau "bias" terhadap negara2 tertentu terutama sekali negara2 Islam. Sebaliknya, Amerika sgt "bias" kepada negara jiran seberang tambak. Mereka boleh jual jet multi-role F15SG kepada Singapura, tapi enggan menjual nya kepada negara2 Islam seperti Malaysia walaupun kita mampu. Oleh itu, sebagai jalan keluar, kita perlu beralih kepada produk2 Russia seperti SU35 atau T50

    ReplyDelete
  9. Hornet Fa18 block 3 lebih mantap

    ReplyDelete