Pages

Saturday 7 March 2015

Malaysia : (SPH) Wheeled Self-Propelled Howitzer / Meriam Mudah Gerak Beroda

Tentera Darat (TD) kini memiliki beberapa jenis sistem artileri dalam inventorinya. Sistem artileri tunda 155mm terdiri daripada G5 Howitzer dan FH-70. Manakala sistem artileri tunda 105mm diwakili oleh OTO Melara Mod 56. Astros II MLRS pula mengisi peranan sebagai sistem roket berganda. 
CAESAR
Melihatkan aset-aset ini, ada sesuatu kekurangan yang nyata. Malaysia memerlukan Meriam Mudah Gerak (MMG) atau Self Propelled Howitzer (SPH). Kelebihan nyata artileri jenis ini dapat dijelaskan dengan namanya sahaja. Boleh diatur gerak dengan pantas ke sesuatu lokasi dengan sendiri tanpa perlu disangkut pada mana-mana kenderaan lain seperti trak. Berhenti di lokasi, melepaskan tembakan sepantasnya dan beredar dengan segara adalah modus operandi sistem ini. Elemen ini dapat mengelakan serangan balas artileri musuh yang mencari lokasi tembakan asal.

Jika TD memiliki SPH di masa akan datang, kemungkinan besar daripada jenis beroda akan menjadi pilihan utama kerana faktor simplicity. Sistem CAESAR dari France adalah salah satu calon berat. Digerakkan trak 6x6, SPH ini turut dimiliki negara jiran Thailand dan Indonesia. Ini merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan. CAESAR yang bersifat semi automatik juga adalah SPH paling ringan berbanding pesaingnya dengan berat 17 tan. Pesawat Hercules C-130 dan Airbus A400M boleh memuat dan mengangkat CAESAR.

Archer
Kini digunakan secara eksklusif oleh tentera Sweden, Archer adalah pesaing utama untuk menjadi SPH tentera Malaysia. Sistem muatan peluru meriam 155mm ini bersifat automatik. Digerakkan oleh kenderaan komersial Volvo A30D 6x6, sistem ini adalah seberat 30 tan. Archer boleh diangkut menggunakan Airbus A400M. Kemudahan untuk diangkut atau dimuatkan ke dalam pesawat yang telah ataupun bakal dimiliki ATM turut menjadi faktor pemilih.

Denel G6-52
Tidak dilupakan adalah Denel G6-52 dari Afrika Selatan. Juga bersifat automatik sepenuhnya untuk sistem pengisian peluru dan pengendalian. Seberat 49 tan kerana berperisai sepenuhnya. Antara paling berperisai di kalangan pencabar daripada SPH beroda. Sistem digerakkan di atas casis Land System OMC 6x6. Memerlukan pesawat pengangkut strategik seperti Boeing C-17 Globemaster, Lockheed C-5 Galaxy dan Ilyushin II-76 untuk memuatkannya.

Sebenarnya SPH telah menjadi antara keutamaan TD dalam perolehan untuk Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK10). Memandangkan pembelian AV8 8x8 Gempita telah dipilih untuk direalisasikan dengan kos mencecah RM 7.55 bilion, SPH telah menjadi korban kerana peruntukan. Yang pasti SPH akan sentiasa menjadi keutamaan TD setiap kali RMK baru dibuka sehingga berjaya diperolehi.

No comments:

Post a Comment