Pages

Monday 11 June 2012

MBT Malaysia : PT91 - Pendekar Mencukupi?

Aku sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga apabila pertama kali melihat PT91- Pendekar meluncur megah di Putrajaya tahun 2005. Maklumlah main battle tank (MBT) pertama yang Tentera Darat Malaysia (TDM) miliki. Sebelum itu, FV101 Scorpion dianggap umum sebagai kereta kebal hanya kerana semata-mata bergerak menggunakan rantai dan memiliki meriam.


TDM telah melengkapkan pemerolehan Pendekar dengan 14 buah kenderaan bantuan yang terdiri daripada 6 buah kembalik berperisai WZT-4, 3 buah kereta kebal kejuruteraan MID-M dan 5 buah kereta kebal pembawa jambatan medan PMC Leguan.

Namun berbekalkan hanya 48 unit, mampukah Pendekar menampung keperluan MBT negara mengikut situasi terkini?



Berpengkalan di kem Syed Sirajuddin, Gemas, kesemua unit Pendekar yang sedia ada membentuk Rejimen Ke 11,Kor Armor DiRaja. Berdasarkan lokasinya yang terletak di tenggara Negeri Sembilan bersempadan dengan utara Johor, Gemas adalah penempatan pertahanan yang strategik. Tidak hairanlah ASTROS II juga ditempatkan di sini.

Dengan geografi daratan Malaysia yang terbahagi  kepada Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur yang dipisahkan Laut Cina Selatan, 1 rejimen MBT ternyata tidak mencukupi secara muktamadnya.

Rejimen Ke 11 Armor difahami mampu mengekang serangan amfibia/darat kilat berskala sederhana musuh (jika diperlukan) daripada kawasan pantai timur Johor, pantai selatan Johor, pantai barat Semenanjung (Selangor hingga ke Johor). Pendekar boleh digerakkan dalam masa kurang 2 jam(atau sejam) untuk tiba di mana-mana kawasan ini.

Bagimana pula dengan serangan musuh di kawasan utara dan pantai timur Semenanjung? Serangan di Sabah dan Sarawak? Jika perlu digerak-aturkan ke kawasan ini, berapa lama masa perlu diambil untuk tiba?

Sebenarnya, Malaysia memerlukan minimum 4 rejimen MBT yang bertaburan kedudukannya di serata tanah air :

a) 1 rejimen - kem Taiping, Perak - kawasan utara dan pantai Timur Semenanjung
b) 1 rejimen - kem Gemas, Negeri Sembilan - kawasan selatan dan tengah Semenanjung
c) 1 rejimen - kem Kuching, Sarawak - kawasan Sarawak
d) 1 rejimen - kem Kota Kinabalu, Sabah - kawasan Sabah



1 comment: