Pages

Thursday 21 April 2011

Hovercraft Malaysia : Keperluan TLDM?


LCAC US Navy
Memetik Utusan Malaysia 22 April 2011, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengatakan bahawa Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sedia mempertimbangkan untuk pemerolehan hoverkraf. Namun tambahnya lagi, pembelian hoverkraf tiada dalam perancangan terdekat TLDM walaupun sedar tentang kemampuan platform ini berbanding kapal konvensional.

Sebelum menjenguk jauh ke dalam profil, kita lihat dulu apa itu hoverkraf? Hoverkraf adalah sejenis kenderaan yang bergerak di atas permukaan (bukan pada permukaan) dengan disokong kusyen sambil udara bertekanan tinggi dipam menentang permukaan bawah dan yang terkandung dalam skirt.


1. Propellers  2. Udara  3. Kipas  4. Skirt

Kelebihan utama hoverkraf berbanding kenderaan maritim yang lain adalah ia boleh 'terbang' menempuh kepelbagaian bentuk muka bumi sama ada darat mahupun kawasan perairan. Ia melalui lebih 70 peratus kawasan pantai di dunia ini berbanding 15 peratus untuk bot atau kapal konvesional. Bermakna tugasan penghantaran logistik serta personel akan menjadi lebih meluas dan mudah. Persoalannya adakah hoverkraf relevan penggunaannya dengan situasi dan keadaan di Malaysia?

Daripada segi geografi, secara umumnya kawasan pinggir laut Malaysia dilitupi pantai berpasir dan kawasan paya yang landai. Hampir tiada kawasan tebing tinggi. Pulau-pulau pula banyak bertaburan terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia serta pantai timur Sabah.

Kawasan -kawasan sebegini memang tempat permainan untuk kenderaan seperti hoverkraf. Jika berlaku sesuatu konflik atau kecemasan di kawasan sebegini, sifat amfibia menjadi begitu signifikan. Maka penggunaan hoverkraf bakal menjadi faktor tambah 'luar biasa' yang menjanjikan suatu kelebihan.

Contoh, jika kedua-dua jambatan Pulau Pinang dimusnahkan serta semua jeti - jeti pendaratan dihancurkan oleh pihak musuh tatkala cuba menakluki pulau itu, apakah cara paling efektif untuk penghantaran kenderaan mekanis/armor serta trup ke sana? Berenang sendiri? Payung terjun gaya bebas? Kapal selam?

Hovercraft tentera terbesar dunia - Zubr

2 comments:

  1. Replies
    1. Idea dan perancangan memang baik. Soal kewangan & politik jadi halangan. Kalau macam LCAC Amerika, ia dilancarkan daripada kapal amfibia seperti LHD,LPD dan LSD mereka. Kita tiada lagi kapal macam ini. Tunggu MRSS nak open tender, tiada kepastian lagi. Kor Marin yang dijangka menjadi pengguna utama hovercraft, sudah ditubuhkan namun tiada perkembangan terbaru Nak standalone pun boleh juga.

      Delete