Pages

Thursday 10 February 2011

LCS @ SGPV : Malaysia



Keluarga corvette kelas Gowind
Littoral Combat Ship (LCS) atau Kapal Tempur Pesisir adalah kapal tempur yang beroperasi berhampiran dengan pesisir pantai. Secara perbandingan, saiz LCS adalah lebih kecil daripada frigate dan lebih kurang sama dengan corvette. Namun daripada segi tugasan, ia mampu menyediakan peperangan 3 dimensi seperti kelas-kelas kapal yang lebih besar seperti frigate, destroyer mahupun cruiser. Cuma dalam skala yang lebih kecil.

Istilah LCS ini sebenarnya diguna pakai oleh US Navy untuk menghasilkan kapal yang kecil, pantas, maneuverable dan lebih murah berbanding destroyer DD(X) mereka yang sedia ada. Maka US Navy telah memperoleh 2 jenis LCS dari 2 kontraktor yang berbeza. Lockheed Martin telah menghasilkan USS Freedom (LCS-1) dan General Dynamics pula mengeluarkan USS Independence (LCS-2).


USS Freedom (LSC-1)

USS Independence (LSC-2)

Daripada spesikfikasi, berat kedua -dua LCS-1 dan LCS-2 adalah lebih berbanding kapal frigate Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) kelas Lekiu yang kapal permukaan tercanggih dalam inventorinya. LCS -1 dan LCS-2 masing -masing mempunyai tonnage 3,000t dan 2,784t untuk kapasiti penuh. Kelas Lekiu pula 2,270t.

Jika dibandingkan pula dengan frigate FFG-7 kelas Oliver Hazard Perry, ternyata kelas Lekiu hanya separuh berat daripada frigate US Navy tersebut iaitu 4,200t. Ternyata klasifikasi kapal -kapal antara US Navy dan TLDM berbeza mengikut keperluan masing-masing daripada segi tonnage, fungsi dan sistem persenjataan serta sistem penderiaan.

Frigate kelas Oliver Hazard Perry
Frigate kelas Lekiu
Dengan keluasan perairan Malaysia yang meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi), sememangnya TLDM memerlukan tambahan platform untuk menjaga dan mengawal kedaulatan maritim. Maka langkah untuk membina 6 buah LCS @ Second Generation Patrol Vessel (SGPV) adalah salah satu caranya. Kos 6 bilion yang diperuntukan untuk TLDM seharusnya memperolehi satu platform yang setanding ataupun lebih baik berbanding frigate kelas Lekiu tanpa mengira klasfikasinya.

Berdasarkan beberapa sumber, kemungkinan corvette kelas Gowind dari Perancis bakal dijadikan platform asas pembinaan SGPV ini. Kontraktor yang membina Gowind ini adalah kontraktor yang sama membina kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman iaitu DCNS. Cuma kapal ini masih belum wujud secara fizikal kerana tentera Bulgaria telah membatalkan tempahannya. Kini pihak DCNS sedang membina sebuah kapal untuk kegunaan pihak tentera Perancis dengan membiayai sendiri kosnya. Mungkin untuk dijadikan contoh untuk menarik pembeli-pembeli dari luar.

Apa pula terjadi dengan program Transfer of Technology (TOT) New Generation Patrol Vessel (NGPV) yang mengambil Meko A-100 sebagai platform asas ? Enam buah NGPV kelas Kedah telah berjaya disiapkan dengan empat daripadanya telah dibina di limbungan Boustead Naval Dockyard di Lumut. Adakah bayaran besar yang dibuat untuk memperoleh hakmilik blue print Meko A-100 hanya sekadar untuk pembinaan 6 buah NGPV? 

Walaupun model yang akan menjadi asas pembinaan 6 buah LCS @ (SGPV) TLDM belum diumumkan lagi, diharapkan pihak Kementerian Pertahanan serta TLDM sendiri dapat memilih model yang terbaik. Kos penyelenggaraan, modularity, perjanjian TOT, persenjataan dan penderiaan terkini serta kebolehpercayaan adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum sebarang perjanjian dimeterai.  

No comments:

Post a Comment