Pages

Friday 30 August 2013

MRCA Malaysia : TUDM Pilih Gripen???

Malaysia pilih SAAB JAS-39 Gripen. Salah satu pilihan yang ada buat TUDM dalam mencari MRCA baru. Yang lebih menarik, bukan dalam bentuk pembelian tetapi penyewaan! Biar betul...?


Ini bukanlah cerita baru. Menteri Pertahanan yang lama, Ahmad Zahid Hamidi pernah menyatakan pada LIMA 2013 bahawa Malaysia hanya berminat untuk membeli aset pertahanan. Ini untuk menangkis dakwaan bahawa TUDM akan mendapatkan MRCA barunya dalam bentuk sewaan. Maka desas-desus penyewaan Gripen adalah tidak benar.

Dua negara NATO iaitu Czech dan Hungary adalah dua negara yang memilih untuk menyewa Gripen. Masing-masing menyewa sebanyak 14 buah Gripen yang merupakan bekas pesawat tentera udara Sweden. Faktor kos adalah penyebab utama pemilihan Gripen.

Beberapa bulan berlalu sehingga melangkaui PRU-13. Menteri Pertahanan pun telah bertukar penjawatnya. Maka bertukar jugalah sedikit sebanyak keutamaan, visi, matlamat dan arah tuju Kementerian Pertahanan. Timbul kembali berita penyewaan MRCA. 

Saab Gripen bersama Saab 340 AEW& C
Panglima TUDM dilaporkan mengatakan bahawa pemerolehan Gripen secara sewa atau sewa-beli adalah pilihan terbaik menggantikan MiG-29. Namun beliau juga mengatakan program MRCA baru bukanlah keutamaan kerajaan buat masa ini. Kerajaan sedang menumpukan program pesawat ronda maritim atau Maritime Patrol Aircraft (MPA) berikutan insiden pencerobohan Lahad Datu.

Sekali lagi isu bajet memainkan peranan penting dalam pemerolehan aset ketenteraan. Menurut Jeneral tersebut lagi, tender MRCA ditangguhkan buat sementara waktu dahulu sehinggalah terdapat peruntukan daripada kerajaan. Adakah ini bermakna MRCA baru hanya akan memasuki perkhidmatan setelah MPA diperolehi? Berapa lamakah lagi memandangkan program MPA baru diaktifkan? Aku berharap status tersebut adalah tidak benar belaka. Tiada muktamadnya lagi. Keputusan yang boleh berubah-ubah kemudiannya.

 Gripen RTAF
Bagi aku, MRCA lebih penting berbanding MPA buat masa ini. Program MPA lebih kepada 'sudah terhantuk baru terngadah'. MPA sangat berkesan jika terdapat aset serangan seperti MRCA, frigat, kapal serang laju atau Fast Attack Craft (FAC) dan kapal selam yang mencukupi dan berkualiti. Apa gunanya kalau setakat dapat mengesan dan memberi amaran tentang musuh jika tiada kuasa serangan (attack force) yang mampu menanganinya (kecuali dilengkapi sistem anti kapal selam).

Apapun Gripen bukanlah calon terbaik untuk MRCA baru Malaysia. Apatah lagi dengan konsep sewa atau sewa-beli. Sepatutnya tidak terlintas langsung dalam pemikiran pakar-pakar pertahanan TUDM mahupun Kementerian Pertahanan. Bakal menjadi bahan ketawa negara-negara jiran. Bakal juga menjadi 'punch line' lawak-lawak politik dalam negara jika direalisasikan. Lupakanlah terus. Noktah selamanya...

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56. Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku!

***kemaskini 27/10/2014***

Brazil memilih 36 buah Gripen sebagai pesawat pejuang negara itu secara belian dengan kontrak bernilai kira-kira RM16.8 bilion. Kontrak ini terdiri daripada 28 buah pesawat tempat duduk tunggal dan 8 buah pesawat tempat duduk berkembar. Pesawat pertama dijangka tiba pada tahun 2019.

No comments:

Post a Comment