Pages

Thursday 12 December 2013

Perak FA 2013 : Bawah Paras Sebenar

Kemasukan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah merupakan berita ceria buat Perak menjelang persiapan Liga Malaysia 2013. Setelah mengharungi musim 2012 yang boleh dikatakan memuaskan, harapan penyokong skuad Seladang semakin meninggi. 


Selain daripada Azraai yang menggantikan Jang Jung sebagai jurulatih, musim baru juga telah menyaksikan pemain-pemain silih berganti keluar masuk dalam skuad. Tujuh pemain tempatan telah dibawa masuk iaitu Mohd. Farizal Marlias, V.Thirumurugan, Khairi Kiman, S. Chanturu, Yong Kuong Yong, Azlan Ismail, dan Abdul Hadi Yahya,

Seramai 13 orang pemain tidak disambung kontrak, dilepaskan dan beralih arah. Antaranya ialah K. Nanthakumar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Mohd Nasril Nourdin, Mohd Shafiq Jamal dan Mohd Khairi Zainudin. Turut digugurkan ialah kedua-dua pemain import, Michal Kubala dan Albert Dominique Ebosse' Bodjongo Dika.

Senarai 23 pemain skuad utama:

Penjaga Gol
Mohd. Farizal Marlias, Khairul Amri Salehuddin, Mohd Jibrail Kamaron Bahrin
Pertahanan : V.Thirumurugan, Syazwan Roslan, Mohd Hisyamuddin, Rafael Souza, Shahrom     Kalam, Khairi Kiman, Mohd Noor Hazrul Mohd. Mustafa, Haizal Faquan
Tengah : Nazri Kamal, S. Chanturu, M. Sivakumar, Shahrulnizam Mustapha – Ketua Pasukan, Mohd Nasir Basharuddin, Mohamad Rafiuddin Roddin, M. Yoganathan, Yong Kuong Yong
PenyerangMohd Failee Ghazali, Azlan Ismail, Abdul Hadi Yahya, Karim Rouani (Paulo Rangel)


Liga Super
Kedudukan : 7/12
Rekod Keseluruhan :     - Menang 8, Seri 5, Kalah 9, Jaring 23, Bolos 27, Mata 29
Rekod Tuan Rumah :     - Menang 4, Seri 3, Kalah 4, Jaring 14, Bolos 14, Mata 15
Rekod Tempat Lawan : - Menang 4, Seri 2, Kalah 5,  Jaring 9,  Bolos 13, Mata 14

Piala FA
Pusingan Pertama

Rekod Keseluruhan :     - Menang 0, Seri 0, Kalah 1, Jaring 0, Bolos 1,
Rekod Tuan Rumah :     - Menang 0, Seri 0, Kalah 0, Jaring 0, Bolos 0, 
Rekod Tempat Lawan : - Menang 0, Seri 0, Kalah 1,  Jaring 0,  Bolos 1

Piala Malaysia - Kumpulan D

Kedudukan : 3/4  
Rekod Keseluruhan :     - Menang 2, Seri 1, Kalah 3, Jaring 6, Bolos 11, Mata 7
Rekod Tuan Rumah :     - Menang 2, Seri 0, Kalah 1, Jaring 3, Bolos 2, Mata 6
Rekod Tempat Lawan : - Menang 0, Seri 1, Kalah 2, Jaring 3, Bolos 9, Mata 1 

Keseluruhan
Perlawanan  : 29, 
(Tuan Rumah 14, Tempat Lawan 15)  
Menang       : 10, (Tuan Rumah 10, Tempat Lawan 4)   
Seri              :  6, (Tuan Rumah 3, Tempat Lawan 3)  
Kalah           : 13, (Tuan Rumah 5, Tempat Lawan 8)  
Jaringan       : 29, (Tuan Rumah 17, Tempat Lawan 12)
Bolos           : 39, (
Tuan Rumah 16, Tempat Lawan 23)  
Clean Sheet :  7, (
Tuan Rumah 5, Tempat Lawan 2)
 

Pencapaian keseluruhan pasukan Seladang bagi musim 2013 agak mengecewakan. Kedudukan ketujuh daripada dua belas pasukan bertanding dalam Liga Super adalah penurunan yang ketara berbanding musim 2012 (tangga keempat). Begitu juga dengan Piala FA yang tumbang pada JDT seawal pusingan pertama lagi (musim lepas pusingan kedua). Piala Malaysia pula sekadar di tempat ketiga kumpulan (musim lepas tempat ketiga kumpulan). Ternyata Perak mencatatkan penurunan graf prestasi.


Paolo Rangel sudah semestinya menjadi hero penyokong terutama setelah meledakkan hatrik ketika menentang JDT di Lumut. Dia yang masuk pada tingkap perpindahan pertengahan musim secara pinjaman daripada Muang Thong United (Thailand) ternyata memberikan nafas baru buat skuad Seladang. 9 gol Liga Super dan 2 gol Piala Malaysia memanglah jauh bezanya berbanding penyerang import terdahulu, Karim Rouani.

Masalah pemilihan penyerang import tangkap muat pada awal musim bagaikan berulang lagi. Jika musim lepas Lazar Popovic menjadi pelaburan sia-sia, musim ini Karim Rouani menjai pengganti tanpa segan silu. Selain masalah kecederaan yang merantai, pemain France ini sekadar menjadi penumpang dengan hanya 1 gol menjadi pelengkap biodatanya. Faktor masa, kewangan atau penilaian yang lemah menjadi penyumbang kepada masalah ini.

Prestasi pemain tempatan pula boleh dikategorikan sebagai suam-suam kuku sahaja. Bekas penyerang kebangsaan, Abdul Hadi Yahya dan Azlan Ismail sekadar mengumpul 7 jaringan sahaja sepanjang musim. Kapten, Shahrulnizam Mustapha sekali lagi gagal menjaringkan sebarang  gol musim ini, meneruskan kemarau gol yang berlanjutan daripada musim lepas. Mungkin defensive role yang dipikul pemain tengah ini menyukarkan untuk menggegar jaring lawan. Terdapat 6 orang pemain tempatan lain yang turut mencatat nama sebagai penjaring dengan 8 gol secara keseluruhannya.

Azraai Khor secara keseluruhannya gagal membentuk skuad yang mantap. Ada beberapa sebab yang menyumbang. Nama-nama besar seperti Farizal Marlias dan Abdul Hadi Yahya tidak banyak menyumbang. Kecedaraan dan kecergasan pemain seperti S. Chanturu dan V. Thirumurugan turut merencatkan perancangan Azraai. Campur tangan pihak pengurusan dalam pemilihan pemain sama ada untuk keseluruhan musim, hari perlawanan mahupun kesebelasan utama bagaikan rencah basi yang ditambah pada daging busuk. Bagimana pula dengan barisan muda juara Piala Presiden 2012? Tidak nampak transisi mantap pemain antara Piala Presiden dan skuad utama.

Harapan mengcakarewala penyokong Kejor Yob Kejor untuk mencabar keduukan Liga Super dan satu piala bertaburan menjadi debu-debu liar. Ternyata momentum musim lepas gagal diteruskan (walaupun di penghujung musim agak tenggelam). Malah prestasi makin menghampakan. Boleh dirumuskan pada musim Liga Malaysia 2013, persembahan pasukan bola sepak Perak FA d bawah paras sebenar.

Antara peristiwa menarik sepanjang musim 2013:

- menjadi naib juara Piala Presiden
- Stadium Lumut (1,700 lux) menjadi gelanggang tuan rumah sehingga 27 April berikutan masalah    lampu limpahStadium Perak yang kurang daripada 1,000 lux.
- Stadium Perak (1,400 lux) kembali digunakan semula pada 7 Mei setelah proses penukaran lampu limpah bernilai RM 4.2 juta selesai
- menggunakan kit jenama Umbro pada awal musim
- kit bertukar ke jenama Kappa pada bulan April
- laporan polis dan SPRM dibuat pihak pengurusan sejurus Perak tumbang 1-6 kepada Sarawak pada perlawanan hidup mati ke suku akhir Piala Malaysia

No comments:

Post a Comment