Pages

Thursday, 10 February 2011

LCS @ SGPV : Malaysia



Keluarga corvette kelas Gowind
Littoral Combat Ship (LCS) atau Kapal Tempur Pesisir adalah kapal tempur yang beroperasi berhampiran dengan pesisir pantai. Secara perbandingan, saiz LCS adalah lebih kecil daripada frigate dan lebih kurang sama dengan corvette. Namun daripada segi tugasan, ia mampu menyediakan peperangan 3 dimensi seperti kelas-kelas kapal yang lebih besar seperti frigate, destroyer mahupun cruiser. Cuma dalam skala yang lebih kecil.

Istilah LCS ini sebenarnya diguna pakai oleh US Navy untuk menghasilkan kapal yang kecil, pantas, maneuverable dan lebih murah berbanding destroyer DD(X) mereka yang sedia ada. Maka US Navy telah memperoleh 2 jenis LCS dari 2 kontraktor yang berbeza. Lockheed Martin telah menghasilkan USS Freedom (LCS-1) dan General Dynamics pula mengeluarkan USS Independence (LCS-2).

Monday, 24 January 2011

Sebatang Tongkat Untuk Berdiri



 Sebatang Tongkat Untuk Berdiri

Ketika haus, kau ku berikan secawan susu
Agar kembali tenaga mu
Ketika lemah hulurkan
Sebatang tongkat
Agar kau terus berdiri
Ditengah kejayaan
Kau lupa diri dihasut bayangan
Dari emosi hatimu

Tongkat kau lontarkan
Baktinya kau lupakan
Dan secawan susu
Yang pernah menyambung hayatmu
Merenung bintang di langit tinggi
Jangan tertipu
Manakah tempat kau berdiri
Selama ini

Kredit: Search, Mentari Merah Di Ufuk Timur

Thursday, 21 October 2010

PT-91 Pendekar : Suatu Sudut



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khususnya telah melonjakkan kredibel pasukan itu dengan pemerolehan Main Battle Tank (MBT) pertama negara.

PT- 91 Pendekar merupakan upgrade version dari model tersohor USSR (kini Russia) T-72. 48 unit PT-91 telah tiba sepenuhnya dari Poland bersama- sama beberapa kenderaan sokongan. Maka lengkaplah penubuhan satu rejimen kereta kebal, Rejimen Ke 11 Kor Armor Di Raja Malaysia. Pemerolehan PT-91 Pendekar ini memperkasakan lagi TD yang telah memiliki multi launch rocket system (MLRS) ASTROS II, light utility helicopter Agusta Westland AW109 serta pelbagai lagi kelengkapan yang telah berada inventori sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Tuesday, 19 October 2010

ETS: Dimensi Baru Ipoh?



Tanggal 12 Ogos lalu, bermulalah Electric Service Train (ETS) melalui Ipoh - Kuala Lumpur - Seremban. Aku pun baru sedar kewujudan perkhidmatan ini beberapa minggu kemudian. Itupun melalui laman web KTMB.

Sebagai orang Ipoh, sedikit sebanyak aku teruja juga. Ialah sebagai bandar ketiga terbesar di Malaysia, sistem pengangkutan awam di Ipoh agak mundur berbanding bandar besar lain. Kira ETS ini macam cahaya di hujung terowonglah.

Monday, 16 August 2010

Bazaar Ramadhan : Tarian Nafsu


Menjelang pukul 5, berpusu - pusulah umat Islam memenuhi baazar - baazar Ramadhan diseluruh negara. Turut sama ialah gerombolan kecil bukan Islam yang tumpang sekaki. Kebanyakan mereka baru pulang daripada kerja.



Berbekalkan rasa lapar dan dahaga yang amat sangat beserta wang ringgit, maka bertebaranlah mereka mencari juadah. Ada yang sudah dirancang daripada pagi tadi lagi. Ada yang secara spontan.