Pages

Monday 16 August 2010

Bazaar Ramadhan : Tarian Nafsu


Menjelang pukul 5, berpusu - pusulah umat Islam memenuhi baazar - baazar Ramadhan diseluruh negara. Turut sama ialah gerombolan kecil bukan Islam yang tumpang sekaki. Kebanyakan mereka baru pulang daripada kerja.



Berbekalkan rasa lapar dan dahaga yang amat sangat beserta wang ringgit, maka bertebaranlah mereka mencari juadah. Ada yang sudah dirancang daripada pagi tadi lagi. Ada yang secara spontan.




Segala jenis nasi, mee, kuih - muih, lauk - pauk, kebab, ayam percik dan bermacam - macam lagi makanan diperdagangkan. Turut sama ialah pelbagai variasi air minuman manis untuk menghilangkan dahaga.




Godaan hawa nafsu terlalu besar untuk ditanggung. Dari satu gerai ke gerai lain. Semuanya nampak sedap. Mula -mula lauk - pauk 3-4 jenis. Disusuli dengan kuih muih pelbagai bentuk dan rasa. Cukup ke ini? Murtabak dan kebab mula memenuhi tangan untuk dijinjing. Belum itu belum lagi dengan air berperisa.



Azan Maghrib berkumandang. Air buah diteguk bertalu - talu. Makan nasi pun beberapa suap. Perut mula kekenyangan. Mata mula berat. Badan turut lesu. Kuih - muih, murtabak dan kebab yang dibeli tadi memang tidak terusik. Tidak tahu bila mahu menghabiskannya...Tunggu sahur?

No comments:

Post a Comment