Pages

Thursday 30 May 2013

Malaysia TUDM : Eurocopter EC725 Cougar Pengganti Nuri


Eurocopter EC725
Akhirnya 2 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar telah mendarat di Malaysia pada November 2012. Ini adalah sebahagian daripada 12 buah yang ditempah oleh TUDM. Dianggarkan pemerolehan ini berjumlah RM 1.604 bilion.

Pemilihan EC725 dibuat bagi menggantikan tulang belakang TUDM selama ini, Nuri Sikorsky S-614-A. 28 buah Nuri sedia ada akan digantikan secara berperingkat bagi memastikan operasi ATM tidak terjejas secara keseluruhannya. Ini disebabkan oleh status Nuri sebagai pengangkut sayap berputar utama dalam perkhidmatan ketenteraan Malaysia.


Terdapat beberapa calon sebelum ini apabila tender antarabangsa dibuka oleh Kementerian Pertahanan. Antaranya ialah AgustaWestland AW101 Merlin, Sikorsky H-92 Super Hawk dan Mil Mi-17 selain Eurocopter EC725 Cougar itu sendiri. AgustaWestland AW101 dikatakan paling berkuasa dengan 3 enjin Rolls-Royce Turbomeca RTM3220-01 berkekuatan 2,100 HP setiap satu atau 6,300 HP keseluruhannya. Namun kos yang paling tinggi menjadikan AW101 tersisih walaupun paling diidamkan oleh TUDM.

AgustaWestland AW101 Merlin
Sikorsky H-92 pula yang mempunyai jarak penerbangan paling jauh tanpa tangki tambahan pula diketepikan kerana faktor birokrasi politik Amerika Syarikat. Mil Mi-17 buatan Rusia adalah calon terlemah daripada segi teknikal tetapi menyediakan kos paling murah turut ditolak. Helikopter ini adalah yang paling meluas digunakan di seluruh dunia termasuk pasukan Bomba & Penyelamat Malaysia. Mungkin sebab ini ia tidak dipilih.

Mil Mi-17
Eurocopter EC725 dibekalkan dengan dengan 2 enjin Turbomeca Makila yang berkuasa 2,382 HP setiap satu. Berkonfigurasikan Combat Search & Rescue (CSAR), EC725 mampu membawa sehingga 29 anggota tentera di dalam perutnya. Ia juga boleh dilengkapi dengan 2 buah mesingun 7.62mm FN MAG, 2 buah pelancar roket 68mm yang setiap satu mempunyai 19 buah roket dan 2 buah meriam GIAT 20mm yang dipasang pada pod.

Spesifikasi EC725 secara umumnya bolehlah disenaraikan sebagai kedua terbaik berbanding calon- calon pengganti Nuri yang lain. Ia memenuhi ciri helikopter taktikal jarak jauh serta helikopter utiliti medium lift yang dikehendaki oleh TUDM. Turut diambil kira ialah faktor kewangan dan geopolitik. Apa yang penting ialah kemampuan EC725 yang boleh dikatakan mengatasi daripada semua aspek teknikal dan taktikal Nuri.

8 buah EC725 ini akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan manakala 4 buah lagi di Pangkalan Udara Labuan. Kriteria utama pemilihan kedua-dua pangkalan udara itu adalah berdasarkan pada kepentingan strategik, kawasan operasi serta infrastruktur yang sedia ada.



Memang terdapat helikopter yang jauh lebih berkuasa seperti Sikorsky CH-53E Super Stallion, Boeing CH-47 Chinook dan Mil Mi-26 tetapi ketiga- tiga model ini dikategorikan sebagai helikopter heavy lift. TUDM sememangnya mengidamkannya tetapi sebagai platform yang berbeza kelasnya daripada Nuri mahupun EC725 Cougar. Sudah tentu pemerolehannya daripada segi harga dan tahap pelepasan yang lebih tinggi.

Mil Mi-26 Heikopter terbesar dan terberat di dunia
Apapun TUDM terlebih dahulu perlu memenuhi keperluan penggantian Nuri yang memang tidak cukup dengan sekadar 12 buah sahaja. Adakah TUDM akan terus menjadikan EC725 Cougar sebagai kesinambungan untuk melengkapkan sekurang-kurangnya baki 16 unit lagi? Ataupun adakah model helikopter lain akan mengisi kekosongan itu? Jawapan yang pasti banyak bergantung pada bajet dan keinginan politik (political will) kerajaan walaupun perancangan jangka masa pendek,sederhana dan panjang telah dirangka oleh TUDM bagi menjadikannya entiti yang dihormati dan disegani di rantau ini.

Secara peribadi aku gembira dengan pemerolehan EC725 ini walaupun aku merasakan kerajaan dan TUDM wajib menggantikan terus semua Nuri secara sekali gus. 12 unit aku rasakan terlalu sedikit. Maklumlah proses tender,penilaian,kelulusan dan pengeluaran akan mengambil masa panjang. Situasi politik negara kebelakangan ini seharusnya menjadikan kerajaan lebih bertegas dalam isu pemerolehan aset ketenteraan tanpa mengambil kira sangat pandangan yang berniat jahat. Kerajaan sepatutnya bersifat "Kera di hutan biar kebuluran, anak di rumah biar kegemukan". 

2 comments:

  1. Bagi aku...Nuri tak perlu ditamatkan,..nuri masih boleh berfungsi memandangkan alat gantinya masih boleh diperolehi cuma tugasannya sahaja perlu dikaji semula...dari segi airframe lifetime memangla..tapi masih ada jalan...Huey 205 zaman perang vietnam...setelah dibaik pulih sepenuhnya...masih boleh di guna pakai walaupun bukan dalam sektor ketenteraan...itu huey zaman vietnam...apatah lagi keluaran selepas itu seperti MI-26,Mi-24 Hind (penggempur)...yg pentingnya masih boleh digunaterbangkan lagi..ini bermakna selagi ada alatganti..mana-mana pesawat pun masih mempunyai peluang memberikan perkhidmatan...
    sebenarnya kita juga mampu memiliki MI-26 untuk tugasan pengangkutan berat...tapi tak perlu beli unit baru...yang terpakai pun sudah memadai...kita juga boleh membeli Mi-24 terpakai sebagai helikopter penggempur...bagi aku kuantiti pesawat serta kecanggihan pesawat adalah penting walaupun pesawat terpakai...beli baru pun ada masaalah dan selalunya kita akan bersandar dan yakin sebab pesawast itu baru...Agusta A109 LOH PUTD...baru lagi...dah terhempas, Agusta A109 BOMBA pun terhempas...beli yang terpakai...kita akan lebih berhati-hati dalam penyelenggaraan sebab ianya terpakai...kita beli hornet pun terpakai...dengan membeli yg terpakai dan terpilih...kita mampu memiliki lebih banyak pesawat yg canggih...terutama buatan russia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuri masih lagi digunakan sehingga TUDM dapat semua penggantinya. Kira-kira 27-30 helikopter. Entah RMK ke berapa baru dapat ganti. Selagi itulah Nuri terus berkhidmat dengan naik taraf dan baik pulih.

      Delete