Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khususnya telah melonjakkan kredibel pasukan itu dengan pemerolehan Main Battle Tank (MBT) pertama negara.
PT- 91 Pendekar merupakan upgrade version dari model tersohor USSR (kini Russia) T-72. 48 unit PT-91 telah tiba sepenuhnya dari Poland bersama- sama beberapa kenderaan sokongan. Maka lengkaplah penubuhan satu rejimen kereta kebal, Rejimen Ke 11 Kor Armor Di Raja Malaysia. Pemerolehan PT-91 Pendekar ini memperkasakan lagi TD yang telah memiliki multi launch rocket system (MLRS) ASTROS II, light utility helicopter Agusta Westland AW109 serta pelbagai lagi kelengkapan yang telah berada inventori sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Bagi mana- mana tentera darat di dunia ini, selain infantri, MBT adalah aset tempur terpenting. Bertempur dengan musuh (yang memiliki MBT) secara berdepan tanpa MBT bagai menggali kubur sendiri. Menangani senjata bergerak yang seberat 40 - 70 tan serta kalis peluru kaliber 12.7mm (.50 BMG) ke bawah dan dilengkapi meriam 125 atau 120mm memang bukanlah lawan infantri yang sebenar (walaupun dilengkapi anti tank missile ).
Memang terdapat helikopter tempur seperti AH-64 Apache, Eurocopter Tiger serta Kamov Ka-50 dan jet tempur A-10 Thunderbolt II yang dahagakan MBT. Namun semua elemen udara ini sangat terdedah dan lemah perlindungannya dalam menentang mana-mana surface air-missile (SAM) apatah lagi jet pejuang. Lagipun jika helang ini tumpas, kosnya agak tinggi dari segi kewangan dan moral.
Mobiliti, kuasa tembakan (fire power) dan perlindungan merupakan kekuatan utama mana-mana MBT. Namun tanpa latihan, strategi dan doktrin yang sesuai, kekuatan daripada segi kualiti dan kuantiti MBT boleh bertukar menjadi malapetaka. Contoh jelas boleh diambil teladan adalah daripada Iraq dan Mesir.
Apapun, pemilikan PT-91 Pendekar ini telah menyentakkan sedikit negara-negara jiran. Singapura contohnya telah memperoleh Leopard 2A4 terpakai daripada Germany setahun sebelum ketibaan batch pertama PT-91 (Malaysia telah menandatangani perjanjian memerolehan PT-91 pada tahun 2002). Negara jiran lain mungkin terpaksa mengukur baju di badan sendiri dahulu sebelum boleh menyaingi Malaysia dan Singapura.
Sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga dengan pemerolehan ini. Diakui ATM telah mengorak langkah dengan pantas sekali dalam memodenkan pasukannya untuk menghadapi peperangan konvensional. Memanglah harganya agak tinggi untuk mana-mana pembelian peralatan pertahanan. Namun itulah harga yang harus dibayar untuk mengekalkan kedaulatan bumi tercinta ini.
No comments:
Post a Comment