Pages

Sunday 22 March 2015

Malaysia Airbus A400M : Terima Pesawat Pertama

Tanggal 10 Mac 2015, Malaysia telah menerima pesawat pertama Airbus A400M Atlas. Inilah adalah sebahagian daripada 4 buah pesawat yang ditempah semenjak 2005. Program yang bernilai RM 8 bilion ini dijangka akan menerima pesawat terakhirnya pada 2016. Dua lagi pesawat akan diterima pada tahun ini juga. Ini juga adalah pesawat A400M ke-12 yang dikeluarkan Airbus Defence and Space daripada 174 tempahan.

Airbus A400M Atlas TUDM
Pesawat ini telah mendarat di Pangkalan Udara TUDM Subang pada 15 Mac 2015 dan dipamerkan di LIMA 2015 yang berlangsung daripada 17-21 Mac 2015. Ini adalah aset penerbangan terbaru TUDM selepas Eurocopter EC725 Cougar yang mula memasuki perkhidmatan pada 2012. Keempat-empat pesawat Airbus A400M ni bakal membentuk Skuadron Ke 22 TUDM yang berpusat di Pangkalan Udara TUDM Subang.

Hadirnya A400M ini akan menambahkan keupayaan TUDM daripada segi jarak, muatan, kelajuan dan kepelbagaian. Di samping itu, pesawat ini mengurangkan kebergantungan TUDM pada Hercules C-130 yang menjadi nadi pengangkut udara utama ketenteraan Malaysia. C-130 akan terus berkhidmat seperti biasa dengan A-400M sebagai tambahan tenaga kerja.



Airbus A400M ini akan memenuhi keperluan pengangkut taktikal TUDM dengan mempunyai kemampuan strategik. Pesawat ini boleh diterbangkan dengan pelbagai konfigurasi seperti pengangkutan kargo, penerbangan tentera, pengisian minyak udara, penerbangan perubatan dan operasi bantuan kemanusian serta bencana.  

No comments:

Post a Comment