Pages

Thursday, 9 June 2011

Malas dan Letih...

Lebih sebulan aku tidak mencoretkan apa -apa dalam Wira Arjuna. Bukannya tiada topik kerana banyak topik telah bermain dalam fikiranku. Ada post yang telah dirangka  memerlukan kajian dan huraian mendalam sebelum diterbitkan. Kalau kalian perasan, beberapa post aku sebelum ini tidak begitu masak pada mulanya sebelum ranum dikupas beberapa ketika kemudian.

Mengapalah aku malas betul dalam bulan Mei yang lalu? Letih. Mengapa aku letih? Kerja banyak. Mengapa kerja banyak? Untung banyak. Mengapa untung banyak? Kalau untung banyak, berapa agihan habuan yang aku dapat? 0.1%? Mungkin. Berbaloikah? Terpulanglah pada niat kerja. Ikhlas? Kalau ikhlas kerja tanpa gajilah. Tanpa mengharapkan balasan. Ada lagikah ke'ikhlasan' itu?

Makin bercelarulah aku memikirkan pelbagai SOP, protokol, etika, teori, panduan, peraturan, logika, nasihat, kata -kata hikmat, pepatah pujangga  serta pelbagai lagi istilah yang menyesakkan. Buat aku lagi semakin mendapat 'License To Kill' adalah SOP, protokol, etika, teori ini boleh berubah mengikut selera pembuatnya. Kalau sudah bilis, terpaksalah telan plankton sedangkan jerung tersadai kekenyangan meratah tuna. Lumrah dunia.

Apapun, dunia tetap indah walau bagaimana pahit pun hidup. Itulah motivasi utama aku. Masih terdapat cahaya di hujung terowong. Cukuplah coretan kali ini. Nantikanlah post aku yang berikutnya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment