Assalamualaikum,
Aku mula mengenali band Therion sekitar 10 tahun yang lepas tatkala aku baru sahaja melepasi zaman persekolahan.
Seorang rakan baikku Herman telah meminjamkan sebuah kaset dengan cover luarnya ada figura haiwan berbadan manusia. Tertulis Therion dan Theli pada muka depannya.
Mendengarkan buat pertama kali memang memerlukan daya ketahanan mental yang tinggi. Perlu penghadaman yang kental. Kalau tidak muntah kembali. Terutama yang masih pada tahap beginner dalam dunia metal.
Sampai ke lagu terakhir side A, bulu roma ku mula meremang. Ballard rock bercampur string bersama duo vokal lelaki dan perempuan. Masa itu aku tidak tahu lagi apa itu soprano mahupun tenor. Sangat beratmosfera. Melodi pun sangat indah.
Bermula dari saat itu, aku tidak menoleh ke belakang lagi. Setiap satu lagu, aku hadamkan melalui telinga terus ke otak. Melakukan penafsiran sendiri dan mencipta fantasi separuh sedar.
Memang dibius simfoni-simfoni khayalan. Yang pasti tiada lagu yang dapat aku tangkap lirik sepenuhnya. English berbaur bahasa-bahasa lain ( tiada bahasa Melayu di sini).
Ada dua lagu yang aku rasa betul-betul mengesankan. Siren Of The Woods dan To Mega Therion boleh menggambarkan konsep keseluruhan album ini. Cukup kontras antara kedua-dua lagu ini. Tetapi saling melengkapi.
Theli telah diterbit dan dikeluarkan pada tahun 1996 oleh Nuclear Blast Records. Di Malaysia, ia diedarkan oleh Valentine Sound Production (VSP). Sudah tiga tahun aku ketinggalan.
Keesokkan harinya aku terus ke Melody di Kompleks Yik Fong untuk mendapatkan kaset Theli yang original (CD masih makhluk asing). Tatkala membelek-belek kaset di rak, aku ternampak perkataan Therion di tepi satu kaset selain daripada Theli yang telah berada di genggaman.
Satu lagi album Therion, Vovin ...
No comments:
Post a Comment