Kemenangan 2-1 Negeri Sembilan ke atas Terengganu dalam aksi akhir Piala Malaysia menandakan berakhirnya musim bola sepak profesional Malaysia kali ini. Pasukan Perak pula telah menutup saingan dengan tumpas kepada musuh tradisi Selangor pada peringkat suku akhir.
Persembahan dan keputusan baik kembali memeriahkan Stadium Perak |
Bagi aku, pencapaian Perak musim ini memberikan sinar cahaya di hujung terowong (bukannya Terowong Menora) setelah melalui zaman tergelapnya musim lepas. Awal musim menyaksikan bagaimana skuad Seladang menunjukkan aksi garang dengan tidak tewas dalam 9 perlawanan pertama sebelum tumpas pada Sabah. Selepas itu prestasi Perak tidak menentu dengan menang,seri dan kalah silih berganti sehinggalah hujung saingan liga. Maka menghunilah Perak di tangga ke 6 liga dengan 10 kemenangan, 10 kali seri dan 6 kekalahan.